Amacam Business Info Malaysia

News, Events and Corporate Info

Mc Ocean MLM Holding News

McOcean – Soalan Dan Jawapan

S: MC OCEAN tidak memiliki lesen jualan langsung/lesen jualan langsung telah luput

J: Lesen jualan langsung kami bernombor AJL 931963 dan sah laku untuk tempoh 20.08.2013-19.08.2016.Isu lesen MC OCEAN yang tertimbul di Internet adalah satu isu yang dibangkitkan sebelum bulan Ogos 2013, kerana pada masa itu kami mengalami kelewatan dalam pembaharuan lesen akibat daripada beberapa masalah teknikal. Namun, lesen kami telah diperbaharui dan isu tersebut tidak lagi wujud.

mc-ocean-southgate-Hasan-Malek

Ibu pejabat yang terletak di SouthGate telah dirasmikan oleh Datuk Seri Hasan Malek,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 6 Oktober 2014.

S: MC OCEAN mengamalkan skim piramid (PyramidScheme) untuk mengaut keuntungan dengan menjual keahlian.

J: Kami tidak mungkin diberi lesen jualan langsung sama sekali sekiranya kami mengamalkan skim piramid.Kami menjual produk-produk kesihatan dan pemakanan, seperti Enertri, EIonizer, Alkurma, Ener369 dan lain-lain.Produk-produk kami juga mendapat pengesyoran dan sokongan yang diberikan oleh lebih daripada seratus orang doktor bahawa amat membantu dalam memperbaiki tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

S: Produk MC OCEAN tidak halal.

J: Produk kami bukan sahaja memenuhi spesifikasi Halal (lihat Rajah di bawah), malah model perniagaan kami juga diperakui olehi Jawatankuasa Syariah (Syariah Panel). Tidak begitu sukar untuk mendapatkan sijil perakuan halal untuk produk, tetapi memang tidak senang untuk memperolehi sijil perakuan untuk cara perniagaan. Tetapi kami tetap berjaya mendapatkannya.

sijil-halal-mc-ocean

S: Yuran keahlian MC OCEAN sejumlah RM 30,000 ++ ?

J: Tidak benar. Yuran keahlian untuk menyertai MC OCEAN hanya berjumlah RM100 (untuk tempoh keahlian dua tahun) di samping RM 30 kad keahlian. Ahli-ahli berhak membeli apa-apa bilangan produk, tetapi kami tidak menggalakkan ahli-ahli untuk membeli jumlah produk di luar kemampuan mereka. Kami juga tidak membenarkan ahli baris atasan memberi janji-janji kosong kepada ahli baris bawahan mereka. Jika kami dapati apa-apa kejadian tidak mematuhi kod Etika keahlian (member code of conduct), kami akan mengambil tindakan, termasuk pembatalan keahlian mereka yang melanggar peraturan.
Setiap ahli MC OCEAN akan diberikan senaskah garis panduan keahlian yang mana termaktubnya peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Malah, ahli-ahli baru adalah diminta untuk membaca dengan teliti dan menandatangani beberapa peraturan yang penting.

Keat Ng • June 16, 2015


Previous Post

Next Post